360 SENDI PADA MANUSIA










ILMU KEDOKTERAN pada suatu ketika dahulu tidaklah sehebat dan secanggih seperti mana sekarang namun begitu kalau korang nak tau pada 1400 tahun yang lalu sudah ada sabda yang menjelaskan manusia mempunyai 360 sendi dan kini ianya sudah terbukti. 
  •  Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “[ HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani
  •  ‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :  “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [ HR Muslim]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut : 
 
1. Tulang Belakang yang meliputi 148 persendian:
  • 25 sendi antara tulang-tulang belakang;
  • 72 sendi antara tulang-tulang belakang dan rusuk;
  • 50 sendi antara tulang-tulang belakang melalui tonjolan-tonjolan kecil samping.
 
2. Tulang Dada yang mencakup 24 persendian:
  • 2 sendi antara tulang dada dan rongga dada;
  • 18 sendi antara tulang-tulang dada dan kepala;
  • 2 sendi antara tulang-tulang selangka dan belikat;
  • 2 sendi antara tulang-tulang belikat dan dada;
 
3. Tulang tubuh bagian atas yang mencakup 86 persendian:
  • 2 sendi antara tulang-tulang bahu;
  • 6 sendi antara tulang-tulang siku;
  • 8 sendi antara tulang-tulang pergelangan tangan;
  • 70 sendi antara tulang-tulang tangan;
 
4. Tulang tubuh bagian bawah yang mencakup 90 persendian:
  • 2 sendi paha;
  • 6 sendi antara tulang-tulang dua lutut;
  • 6 sendi antara tulang-tulang pergelangan kaki;
  • 74 sendi antara tulang-tulang telapak kaki;
  • - 4 sendi antara tulang-tulang lutut.
 
5. Tulang tubuh bagian dalam yang mencakup 11 persendian:
  • 4 sendi sendi antara tulang-tulang ekor;
  • 6 sendi antara tulang-tulang pinggul;
  • 1 sendi pada sambungan tulang alat vital.
Jadi jumlah seluruhnya 1.46 + 24 + 86 + 92 + 11 = 360 sendi.
 
--------



Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350. 
Allah SWT berfirman:
 
Al-Mulk [67] Ayat 14
 
 
 
 
'Ala Ya`lamu Man Khalaqa Wa Huwa Al-Latifu Al-Khabiru 
[[Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dan rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui? (QS. 67:14)]]
 
 
An-Najm [53] Ayat 3-4




 
Wa Ma Yantiqu `Ani Al-Hawa
[[dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur'an) menurut kemauan hawa nafsunya. (QS. 53:3)]]
 
 
 
 
 
'In Huwa 'Illa Wahyun Yuha
Ucapannya itu tiada lain hanyalahwahyu yang diwahyukan (kepadanya), (QS. 53:4)
 
 
-Wallahu a'lam-

1 komentar: